Sunday, December 23, 2012

Lumut dan Pulau Pangkor

Malaysia mempunyai banyak tempat yang menarik untuk dilawati samada bertujuan untuk bercuti merehatkan minda dari tekanan atau untuk mengetahui lebih lanjut sejarah sesuatu tempat. Baru-baru ini, saya berkesempatan untuk mengunjungi Lumut (dikenali sebagai Bandar Maritim - terdapat Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia). Terlalu banyak perubahan yang telah dilakukan. Kali terakhir berkunjung ke sini sekitar tahun 2002. Perubahan amat ketara bermula dari Bandar Manjung sehinggalah ke jeti Lumut. Cukup membanggakan.

Memulakan perjalanan seawal pukul 8 pagi daripada Bandar Tun Hussein Onn. Perjalanan amat lancar dengan adanya Lebuhraya LATAR (masuk melalui Rawang Selatan dan keluar berdekatan dengan Kuala Selangor). Perjalanan cukup lancar dan singkat.

Permandangan sepanjang perjalanan daripada Kuala Selangor ke Bagan Datuh cukup mempersonakan. Hamparan padi yang sedang masak (sawah padi kelihatan kekuningan) di Sekincan cukup menakjubkan. Perjalanan melalui Seberang Perak juga mempunyai pemandangan yang sama.

Hampir jam 12 tengahari saya sampai ke Lumut dan terus ke hotel penginapan untuk urusan 'check-in'.

Santai kat bilik, berehat lepaskan penat

Dalam feri untuk ke Pulau Pangkor






Bergambar di Kota Belanda 
Irsyad sedang bermain kat tepian pantai. Airnya cukup jernih


Bot nelayan tengah berlabuh
Tengah tunggu feri nak balik ke Lumut (beratur lebih 1 jam baru dapat naik)


Wednesday, November 21, 2012

Kunjungan ke Bukit Fraser

Bukit Fraser, satu nama yang cukup sinonim dengan percutian di tanah tinggi di Malaysia selain daripada Cameron Highland dan Genting Highland. Kesemuanya adalah terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Untuk ke Bukit Fraser, kita boleh menggunakan jalan ke Kuala Kubu Bharu atau pun melalui Jalan Bentong-Raub (melalui Ladang Sang Lee).

Tanggal 27 Oktober 2012, saya telah berkesempatan untuk ke Bukit Fraser melalui jalan ke Kuala Kubu Bharu. Perjalanan dari Kuala Kubu Bharu ke Bukit Fraser memakan masa lebih kurang 1 - 2 jam. Paling mencabar, mendaki bukit dari simpang Gap ke Bukit Fraser. Jarak perjalananan 8 km. Ambil masa dalam 30 minit untuk sampai ke puncak Bukit Fraser.

Bagi saya, ianya amat sesuai untuk berehat bagi melepaskan tekanan dari hiruk pikuk di bandar Kuala Lumpur. Cuacanya yang cukup nyaman. Disertai dengan pemandangan yang amat memukau mata. Cukup takjub dengan ciptaan Illahi.












Wednesday, September 19, 2012

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri @ Dealing Department

Pada 13 September 2012, Dealing Department telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Majlis diserikan lagi dengan tetamu jemputan daripada setiap Head of Department di TA Securities Holdings Berhad. Antara tetamu kehormat adalah Encik Hamzah (Director Of Dealing) & Mr Tah (Director Of Operation). Sambutan adalah menggalakan dan tetamu telah menikmati juadah yang disediakan.








Monday, July 2, 2012

Persembahan Orkestra KYS @ Auditorium DBKL

Pada 26 June 2012, kami sekeluarga telah meluangkan masa untuk menonton persembahan orkestra oleh Kolej Yayasan Saad. Ianya merupakan julung kali menontonnya. Itu pun kerana Azraei menyertainya sebagai peserta yang membuat persembahan. Kami sampai di Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut tepat jam 7.30 malam. Selepas beramah mesra dengan guru-guru dan juga ibu bapa pelajar yang lain, kami berarak masuk ke dewan untuk mengambil tempat masing-masing. Malam ini, tetamu kehormat adalah TYT negeri Melaka iaitu Tun Khalil Yaakob. Beliau diiringi oleh pengasas Kolej Yayasan Saad, Tan Sri Halim Saad serta Lembaga Pengelola Kolej Yayasan Saad.

Persembahan dimulakan tepat jam 8.30 malam dengan lagu Negeri Melaka dan lagu kebangsaan, Negaraku.   Nostalgia rasanya kerana sudah lama tak berdiri untuk menyanyikan lagu kebangsaan. Dulu-dulu, masa dibangku sekolah perkara ini adalah rutin mingguan. Selepas itu, Junior Orchestra Team memulakan persembahan. Cukup bertenaga dan berkarisma.

Senior Orchestra Team memulakan persembahan setengah jam selepas itu. Memang mengagumkan dan cukup terhibur. Persembahan ini berlangsung sehingga pukul 10.45 malam. Ianya mendapat tepukan yang gemuruh daripada hadirin dan terpaksa memainkan satu lagu tambahan ekoran permintaan daripada hadirin . TYT Negeri Melaka juga meberi isyarat bagus supaya satu lagi lagu untuk penutup. Secara keseluruhannya, ia amat menghiburkan dan saya sendiri tidak menjangka Azraei dapat membuat persembahan bersama rakan-rakan beliau walau pun tidak mendapat pendidikan asas dalam memainkan biola. Satu pencapaian yang membanggakan bagi beliau yang aktif dalam sukan atlit dan ragbi. 





Thursday, May 10, 2012

Kejohanan Sukan Tahunan Kolej Yayasan Saad

Acara tahunan ini telah berlangsung di Kompleks Sukan Kolej Yayasan Saad. Kejohanan kali ini berlangsung dalam suasana yang cukup meriah serta keadaan cuaca juga amat baik sekali. Cuaca pada petang kejohanan berlangsung tidak terlalu panas dan ianya berpanjangan sehingga tamat kejohanan. Seperti tahun sebelum ini, Azraei akan mewakili rumah Rahman dalam beberapa acara kegemaran beliau. 

Untuk tahun 2012, pasukan rumah Rahman sekali lagi muncul sebagai johan untuk kejohanan kali ini.





Monday, May 7, 2012

Sukaneka

Bagi kanak-kanak sekolah samada daripada tadika atau yang berada di Tahap Satu sekolah rendah, sukaneka cukup sinonim dengan kehidupan mereka. Ianya merupakan satu-satunya acara yang amat dinanti dan akan diberi sambutan yang amat meriah.

Baru-baru ini, SK Bandar Tun  Hussein Onn telah mengadakan sukaneka untuk Tahap Satu. Seawal pukul 7.30 pagi, semuanya telah memenuhi kawasan dewan terbuka untuk berkumpul mengikut darjah masing-masing. Tidak ketinggalan dalam kelompok itu adalah Mohd Aiman Irsyad. Beliau begitu seronok memperkatakan acara sukaneka ini beberapa hari sebelum itu lagi. Kehadiran ibubapa dalam memberikan sokongan juga amat membanggakan.







Saturday, May 5, 2012

Cuti - cuti @ Pulau Langkawi

Pulau Langkawi merupakan sebuah pulau lagenda di Malaysia dan merupakan salah satu destinasi perlancongan yang utama. Selain daripada melawat tempat yang menarik dan bersejarah ianya juga merupakan syurga membeli belah. Ini kerana semuanya adalah bebas cukai. Secara umumnya, Pulau Langkawi terdiri daripada 99 buah pulau. Untuk mengunjunginya, kita boleh menggunakan perkhidmatan feri serta kapal terbang. 

Kunjungan saya ke sini adalah merupakan kali yang ke 3 dan boleh dikatakan saya telah menjelajahi keseluruhan pulau. Paling menakjubkan, dapat berjumpa dengan teman satu sekolah. Beliau telah menetap di sini semenjak tahun 1994. Begitu kecil rasanya dunia ini.

Untuk membeli belah, pekan Kuah adalah tempat yang terbaik untuk dikunjungi. Terdapat banyak kedai yang menjual coklat, barangan kaca, pinggan mangkuk dan bermacam-macam jenis barangan.

Pantai Chenang pula sesuai untuk berkelah dan beriadah di samping bermain bermacam jenis permainan seperti jet ski dan banana boat. Selain dari itu, Pantai Pasir Tengkorak juga sesuai untuk berkelah. Pasirnya yang putih dan mempunyai air yang jernih. Cuma ianya terletak jauh ke utara Pulau Langkawi. Lebih kurang 1 jam perjalanan dari pekan Kuah.

Kita juga boleh menaiki kereta kabel untuk melihat permandangan Pulau Langkawi dari puncak Gunung Mat Cinchang.

Untuk yang gemar kepada hidupan liar, boleh mengunjungi Taman Burung.










Tuesday, April 3, 2012

Majlis Makan-Makan Lagi

Seperti biasa, ianya diadakan di Dealing Department, TA Securities Holdings Berhad. Ianya dianjurkan oleh semua kakitangan di Dealing Department. Sumbangan adalah berbentuk wang tunai dan hadiah. Masing-masing dikehendaki menyediakan satu hadiah yang bernilai tidak kurang daripada RM20. Sambutan adalah amat meriah sekali. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat. Gelagat kesemua yang terlibat dapat dilihat daripada gambar-gambar yang tertera di bawah.


Sesi bergambar di depan hadiah. Dari kiri Rozi, Kak Zai, Ais, Izah & Ana (Bos Dealing Dept)


mshukrimat.blogspot.com

Dua mak dara (dari kanan Fifi & Maya) bersama Ily (masih available)

Kusyuk bergambar.

Puan Hasni dengan pose istimewa

Maya & Roha bergaya sakan

Masing-masing sibuk dengan tugasan ( tengah susun hadiah)