Monday, January 30, 2012

Melancong

Melancong atau jalan-jalan sambil mengenali tempat orang amat sinonim bila cuti sekolah bermula. Perkara yang sama juga telah menjadi satu kebiasaan untuk saya membawa anak-anak melancong. Pada pandangan saya, Malaysia mempunyai banyak tempat yang menarik untuk dilawati. Di samping itu, kita juga dapat mendedahkan kepada anak-anak kita tentang perbezaan budaya dan cara hidup.

Sempena cuti sekolah yang lalu, saya pertama kali menjejakkan kaki ke Sarawak. Bagi saya negeri ini cukup unik. Mempunyai pelbagai kaum dan sudah tentu mempunyai berbagai budaya.

Sabar menunggu untuk berlepas

Saya dan keluarga menggunakan khidmat Air Asia yang popular dengan tagline Everyone can Fly. Bagi saya, perkhidmatan Air Asia telah banyak meningkat dan kadar penangguhan masa penerbangan adalah minimum. Setakat ditangguhkan selama 30 minit ke satu jam adalah perkara biasa bergantung kepada jumlah trafik dan keadaan cuaca.

Tunggu untuk berlepas

Ketibaan di Bandaraya Kuching disambut oleh hujan lebat. Agak risau juga memikirkan keadaan cuaca ditambah lagi ini adalah kali pertama menjejakkan kaki di sini.

Tunggu kereta yang disewa

Perjalanan dari lapangan terbang ke hotel penginapan (Pullman Hotel) mengambil masa lebih kurang 30 minit. Hotel yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuching ini amat cantik dan khidmat yang diberikan adalah 5 bintang.






Saya mendapat pengalaman baru iaitu meneroka gua yang ternyata amat gelap dan penuh dengan kelawar. Sekurang-kurangnya ia memberi pengajaran dan bersyukur dengan kemudahan yang tersedia di depan mata. Untuk meneroka gua ini, kita akan mengambil masa selama 2 jam. Betul-betul mencabar.







Sarawak juga mempunyai tempat untuk membeli barangan kraf tangan. Saya telah berkunjung ke Serikin untuk merasai sendiri kesibukannya. Pasar ini hanyalah terletak di sepanjang jalan menuju ke sempadan Indonesia. Saya mengambil lebih 3 jam untuk menghabiskan deretan kedai tersebut. Barangan yang dijual adalah amat murah sekali.






Kunjungan ke Sarawak tak sah kalau tidak pergi ke pusat pemuliharaan orang utan. Terletak di Semenggoh yang memakan masa 1 jam memandu daripada Bandaraya Kuching.






Pasar Satok adalah tempat terakhir untuk dikunjungi untuk membeli terubuk masin. Memang rambang mata. Selain dari terubuk, kek lapis sarawak juga adalah barangan yang wajib dibeli dan dibawa pulang. Yang menariknya, semuanya akan dibungkus elok dan boleh deletakkan di dalam kabin / kargo.

Berlatar belakang gunung Santubong


Selamat sampai ke LCCT.

Pada pandangan saya, masa 5 hari di Sarawak adalah tidak mencukupi untuk meneroka Kuching dan kawasan sekitarnya. Namun sekurang-kurangnya negara kita tidak kurang menariknya berbanding dengan negara orang. Apa yang penting adalah inisiatif dari pihak yang berkaitan untuk membuat promosi secara besar-besaran. InsyaAllah, jika dipanjang umur dan murah rezeki saya akan berkunjung ke sana lagi dengan membuar persediaan yang lebih rapi lagi.

Pemandangan di Kilim River Geo Park, Langkawi





Senja di Kuah, Langkawi

Friday, January 27, 2012

Keputusan PMR - Azraei

22 Disember 2011, saya telah ke Kolej Yayasan Saad untuk meraikan Amer Azraei atas kejayaan beliau memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR 2011. Beliau telah membuktikan bahawa akademik dan sukan adalah seiring dalam memperolehi kejayaan.


Sedang menelefon mama beliau untuk berkongsi keputusan



Bergambar dengan kawan-kawan


Acara bergambar beramai-ramai.

Semasa mewakili KYS dalam sukan ragbi di MCKK.


Mendahului pencabar terdekat dalam acara 4 x 200 .

Hari pertama di SK BTHO

Tanggal 5 Januari 2012, Mohamed Aiman Irsyad a.k.a Irsyad telah memulakan kehidupan baru sebagai seorang pelajar di SK BTHO. Kalau sebelum ini ia hanya datang ke sekolah untuk menghantar atau menjemput abang-abang dan kakaknya. Kali ini ia akan menghabiskan zaman kanak-kanak beliau di sini.


Irsyad sedang memakai kasut


Sempat bergaya dengan bola kesayangan. Pantang jumpa benda bulat asyik nak tendang aje.



Irsyad sedia untuk ke sekolah.


Irsyad sempat posing kat dalam kelas.

Thursday, January 26, 2012

Majlis Perkahwinan Syuhada

Gambar sekitar majlis perkahwinan Syuhada @ Laman Pengantin


Ketibaan Hartinah, Maya, Roha dan Noor Azizah di perkarangan Laman Pengantin, Taman Melawati



Sesi bergambar dengan pengantin. Semuanya pantang tengok kamera



Saat-saat di kala selesai menjamu selera. Semuanya cukup ceria. Irsyad (anak bongsu saya) diapit oleh kawan-kawan satu pejabat saya



Gaya model di Dealing Department. Tetap vogue.


Ana (berbaju purple) bos Dealing Department bergambar dengan rakan-rakan


Pengantin tersenyum kegembiraan di atas pelamin. Semoga pasangan ini bahagia dalam melayari liku-liku kehidupan berumahtangga



Bergambar dengan pasangan pengantin



Mungkin tengah mengimbas kembali kenangan semasa bersanding dulu-dulu



Bergambar dengan pengantin perempuan



Bergambar ramai-ramai sebelum balik