Monday, January 30, 2012

Melancong

Melancong atau jalan-jalan sambil mengenali tempat orang amat sinonim bila cuti sekolah bermula. Perkara yang sama juga telah menjadi satu kebiasaan untuk saya membawa anak-anak melancong. Pada pandangan saya, Malaysia mempunyai banyak tempat yang menarik untuk dilawati. Di samping itu, kita juga dapat mendedahkan kepada anak-anak kita tentang perbezaan budaya dan cara hidup.

Sempena cuti sekolah yang lalu, saya pertama kali menjejakkan kaki ke Sarawak. Bagi saya negeri ini cukup unik. Mempunyai pelbagai kaum dan sudah tentu mempunyai berbagai budaya.

Sabar menunggu untuk berlepas

Saya dan keluarga menggunakan khidmat Air Asia yang popular dengan tagline Everyone can Fly. Bagi saya, perkhidmatan Air Asia telah banyak meningkat dan kadar penangguhan masa penerbangan adalah minimum. Setakat ditangguhkan selama 30 minit ke satu jam adalah perkara biasa bergantung kepada jumlah trafik dan keadaan cuaca.

Tunggu untuk berlepas

Ketibaan di Bandaraya Kuching disambut oleh hujan lebat. Agak risau juga memikirkan keadaan cuaca ditambah lagi ini adalah kali pertama menjejakkan kaki di sini.

Tunggu kereta yang disewa

Perjalanan dari lapangan terbang ke hotel penginapan (Pullman Hotel) mengambil masa lebih kurang 30 minit. Hotel yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuching ini amat cantik dan khidmat yang diberikan adalah 5 bintang.






Saya mendapat pengalaman baru iaitu meneroka gua yang ternyata amat gelap dan penuh dengan kelawar. Sekurang-kurangnya ia memberi pengajaran dan bersyukur dengan kemudahan yang tersedia di depan mata. Untuk meneroka gua ini, kita akan mengambil masa selama 2 jam. Betul-betul mencabar.







Sarawak juga mempunyai tempat untuk membeli barangan kraf tangan. Saya telah berkunjung ke Serikin untuk merasai sendiri kesibukannya. Pasar ini hanyalah terletak di sepanjang jalan menuju ke sempadan Indonesia. Saya mengambil lebih 3 jam untuk menghabiskan deretan kedai tersebut. Barangan yang dijual adalah amat murah sekali.






Kunjungan ke Sarawak tak sah kalau tidak pergi ke pusat pemuliharaan orang utan. Terletak di Semenggoh yang memakan masa 1 jam memandu daripada Bandaraya Kuching.






Pasar Satok adalah tempat terakhir untuk dikunjungi untuk membeli terubuk masin. Memang rambang mata. Selain dari terubuk, kek lapis sarawak juga adalah barangan yang wajib dibeli dan dibawa pulang. Yang menariknya, semuanya akan dibungkus elok dan boleh deletakkan di dalam kabin / kargo.

Berlatar belakang gunung Santubong


Selamat sampai ke LCCT.

Pada pandangan saya, masa 5 hari di Sarawak adalah tidak mencukupi untuk meneroka Kuching dan kawasan sekitarnya. Namun sekurang-kurangnya negara kita tidak kurang menariknya berbanding dengan negara orang. Apa yang penting adalah inisiatif dari pihak yang berkaitan untuk membuat promosi secara besar-besaran. InsyaAllah, jika dipanjang umur dan murah rezeki saya akan berkunjung ke sana lagi dengan membuar persediaan yang lebih rapi lagi.

No comments:

Post a Comment