Friday, February 24, 2012

Majlis akad nikah

Bertempat di Masjid An Najihin, Bandar Tasik Permaisuri telah berlangsung majlis akad nikad buat Thomas Dieter Blum dan Umi Salmah Mohd Nasir. Pengantin perempuan merupakan rakan sepejabat saya semenjak tahun 2001 lagi. Majlis yang dihadiri oleh keluarga pengantin perempuan serta rakan-rakan sepejabat telah berlangsung dalam suasana yang santai tapi meriah dan ceria.

Majlis ini dikendalikan oleh Imam Aziz yang juga merupakan kenalan saya di Bandar Tun Hussein Onn. Beliau selaku jurunikah bertauliah bagi Wilayah Persekutuan dan juga Imam bagi Surau Al Amin Bandar Tun Hussein Onn. Majlis yang bermula jam 11.30 pagi dimulai dengan bacaan Al Fatihah serta sedikit khutbah nikah oleh Imam. Selepas itu, dengan sekali lafaz, Thomas Dieter Blum sah menjadi suami kepada Umi Salmah. Imam Aziz bersyukur kerana majlis telah berjalan lancar. Majlis bersurai pada jam 12.30 tengah hari. Semoga kedua mempelai akan menjalani kehidupan rumah tangga dengan aman damai dan didoakan semoga jodoh mereka berkekalan sehingga akhir hayat.















Thursday, February 23, 2012

Makan Malam di Kolej Yayasan Saad

Bertempat di perkarangan kafetaria Kolej Yayasan Saad telah berlangsung jamuan makan malam sempena kejayaan Batch Callidus (Batch0913) dalam PMR baru-baru ini. Ianya dianjurkan dan diuruskan sepenuhnya oleh pelajar.  Majlis yang bermula seawal pukul 8 malam itu dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Zarul (wakil pelajar).

Majlis yang sama juga diserikan dengan ucapan oleh wakil pelajar yang mana ianya banyak menyentuh tentang pergorbanan oleh guru-guru dalam mendidik mereka. Juga tidak dilupakan jasa ibubapa dalam memberi sokongan yang padu untuk memastikan kejayaan mereka.

Dr Chia Keng Boon, selaku Director of studies juga menyampaikan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan cemerlang yang ditunjukkan oleh murid-murid beliau.
Amer Azraei & Irsyad 

Amer Azraei &ahli keluarga 



Aiman Irsyad

Datuk Azizul Rahman 

Intan Nur Athirah & Rosnah

Amer Azraei & rakan-rakan kolej 

Santai bersama rakan-rakan kolej 

Persembahan dari batch band


Bersama keluarga 





Amer Azraei, Zarul & Irsyad

Bersama salah seorang parent yang hadir

Wednesday, February 22, 2012

Sambutan Maulidur Rasul

Sempena dengan hari kelahiran Rasullullah S.A.W. , Persatuan Penduduk Jalan Suasana, Bandar Tun Hussein Onn telah mengadakan sambutannya di padang permainan Jalan Suasana 1/3. Sambutan daripada penduduk adalah amat menggalakkan. Ini merupakan kali kedua persatuan mengadakan majlis ini. Majlis yang bermula dariapda jam 8.30 pagi sehinggalah jam 11.30 pagi.

Majlis kali ini adalah diserikan dengan ucapan oleh Pengerusi persatuan iaitu Tuan Haji Mohd Ali. Beliau telah menyampaikan beberapa amanat dan pesanan yang selari dengan tema sambutan tahun ini.

Pengerusi Persatuan Penduduk sedang menyampaikan ucapan

Selain dari itu, majlis juga diserikan dengan kehadiran  Tuan Haji Razali iaitu ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kajang. Beliau telah menyampaikan ucapan perasmian majlis sambutan kali ini. Selain itu, majlis juga diserikan dengan kehadiran Ustaz untuk memberi tazkirah kepada penduduk yang hadir.

Tuan Haji Razali bersama Ustaz jemputan di pentas utama

Khemah menempatkan muslimah




















Pertunjukan bunga api

Sempena dengan penutupan sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini, telah diadakan pertunjukan bunga api. Ianya berlangsung bermula dari jam 10 malam sehingga 12 tengah malam. Sebetulnya, ianya bukanlah pertunjukan dalam erti kata. Kebetulan taman perumahan saya (Bandar Tun Hussein Onn) berdekatan dengan Cheras Perdana yang majoriti penduduk adalah kaum Cina. Setiap tahun, saya dan keluarga tidak akan melepaskan peluang untuk menontonnya. Tidak perlu pergi jauh, hanya menonton dari halaman rumah sahaja.