Friday, February 24, 2012

Majlis akad nikah

Bertempat di Masjid An Najihin, Bandar Tasik Permaisuri telah berlangsung majlis akad nikad buat Thomas Dieter Blum dan Umi Salmah Mohd Nasir. Pengantin perempuan merupakan rakan sepejabat saya semenjak tahun 2001 lagi. Majlis yang dihadiri oleh keluarga pengantin perempuan serta rakan-rakan sepejabat telah berlangsung dalam suasana yang santai tapi meriah dan ceria.

Majlis ini dikendalikan oleh Imam Aziz yang juga merupakan kenalan saya di Bandar Tun Hussein Onn. Beliau selaku jurunikah bertauliah bagi Wilayah Persekutuan dan juga Imam bagi Surau Al Amin Bandar Tun Hussein Onn. Majlis yang bermula jam 11.30 pagi dimulai dengan bacaan Al Fatihah serta sedikit khutbah nikah oleh Imam. Selepas itu, dengan sekali lafaz, Thomas Dieter Blum sah menjadi suami kepada Umi Salmah. Imam Aziz bersyukur kerana majlis telah berjalan lancar. Majlis bersurai pada jam 12.30 tengah hari. Semoga kedua mempelai akan menjalani kehidupan rumah tangga dengan aman damai dan didoakan semoga jodoh mereka berkekalan sehingga akhir hayat.















2 comments:

  1. terima kasih kerana sudi mengurus dan menghadhiri majlis yang mengejut dan kurang sempurna pagi ni. Berkat doa semua di sanjungi dan saya dan pasangan
    amat bershukur atas segala nya terutama ada kawan2
    macam Sukri. Amin. Pengantin perempuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Kak Umi. Itulah yang terbaik dapat dilakukan. Yang penting ianya telah selamat & sempurna.

      Delete