Thursday, February 9, 2012

Sekolah Berasrama Penuh

Awal tahun atau lebih tepat lagi di bulan Januari dan Februari adalah merupakan bulan yang sibuk bagi pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang. Ianya samada di dalam UPSR mau pun PMR. Masing-masing sibuk memohon ke sekolah yang berprestasi tinggi samada di bawah seliaan Kementerian Pendidikan, MARA atau pun oleh pihak swasta.


Muhamad Akmal Firdaus, semalam (8 Februari 2012) telah mendaftarkan diri ke MRSM Serting, Negeri Sembilan. Terpancar kegembiraan di wajah beliau. Gembira kerana hajat untuk bersekolah di sekolah berasrama penuh telah tercapai.

Semoga beliau dapat mengharungi suka dan duka serta mendapat pengalaman baru di sekolah berasrama penuh.

No comments:

Post a Comment