Thursday, March 1, 2012

Majlis Makan Tengahari

Pada 29 Februari 2012, bertempat di Dealing Department telah berlangsung majlis makan tengahari. Ianya adalah dianjurkan oleh Puan Maya sempena dengan majlis perkahwinan beliau tempoh hari. Memandangkan majlis perkahwinan itu diadakan di Dungun, Terengganu, maka ramai kawan-kawan pejabat tidak dapat menghadirkan diri untuk sama-sama memeriahkan hari yang bersejarah itu. Majlis yang bermula tepat jam 12.30 tengahari itu dimulakan dengan bacaan doa oleh Syed Zairi. Menu hari ini adalah nasi mandy kambing dan ayam serta diserikan dengan pencuci mulut seperti kek, buah-buahan serta ais krim. Semuanya gembira dalam meraikan pengantin baru. Semoga pasangan ini akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.






























No comments:

Post a Comment