Tuesday, April 3, 2012

Majlis Makan-Makan Lagi

Seperti biasa, ianya diadakan di Dealing Department, TA Securities Holdings Berhad. Ianya dianjurkan oleh semua kakitangan di Dealing Department. Sumbangan adalah berbentuk wang tunai dan hadiah. Masing-masing dikehendaki menyediakan satu hadiah yang bernilai tidak kurang daripada RM20. Sambutan adalah amat meriah sekali. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat. Gelagat kesemua yang terlibat dapat dilihat daripada gambar-gambar yang tertera di bawah.


Sesi bergambar di depan hadiah. Dari kiri Rozi, Kak Zai, Ais, Izah & Ana (Bos Dealing Dept)


mshukrimat.blogspot.com

Dua mak dara (dari kanan Fifi & Maya) bersama Ily (masih available)

Kusyuk bergambar.

Puan Hasni dengan pose istimewa

Maya & Roha bergaya sakan

Masing-masing sibuk dengan tugasan ( tengah susun hadiah)



Roha tengah kira pinggan Corelle yang baru dibeli - takut hilang

Dari kiri Kak Zai, Ana & Ais senyum riang

Kak Yati diberikan kejutan dengan kek harijadi

Bos Dealing Department  sedang menyenduk nasi. Katanya ini untuk pusingan pertama.

Semuanya cantik & lawa

Tunggu giliran

Syed, Tina, Zaini, Rizal & Ana sabar beratur

Untuk makan petang - laksa johor

Masing-masing ralit mengambil hidangan

Izah & Kak Yati bergaya di depan kamera

Arzaham tekun menyepit laksa - serius je

Dengan penuh tumpuan - takut tumpah ke

Gaya seorang pengarah bahagian sajian - Dealing Department

Kak Yati ketawa riang, tak sangka terima kek sempena hari jadi beliau

Camerawoman @ site

Roha mengetuai upacara senduk nasi

Tertib sekali

Sempat posing dulu ya

Upacara suap menyuap 1

Upacara suap menyuap 2

Ruby & Ana makan semeja

Gaya seorang anak dara ...

Dua sahabat baik

Temankan Maya nikmati hidangan

Kumbang dikelilingi oleh bunga-bunga mekar

Senyuman manis untuk semua

Syed sempat menyelit kat belakang

Hati-hati, jangan tumpah kuah pula

Group

Masing-masing ceria

Sehingga menjilat  ibu jari

Arzaham sampaikan hadiah utk saya

Ais sampai terpejam terima hadiah dari saya

Maya bergambar dengan kakak-kakak senior

Kak Aziah, Senior Manager Dealing

Ana berpeluk kegembiraan dengan Hasni

Hartinah sampaikan hadiah beliau untuk Izah

Apa yang mencuit hati Ruby tu..

Che Wae sampaikan hadiah buat Maya

Sungguh gembira Maya.. dapat hadiah khas dari Che Wae

Inilah hadiahnya...sempat posing iklan susu cap junjung..kena tunjuk dekat Nestle ni..

Riang

Senyum puas

Siap julang lagi...

Tak sabar nak tunggu Ana buka hadiah beliau

Kak Aziah dengan hadiah beliau

Apa yang penting, semuanya gembira dalam meraikan kawan-kawan satu pejabat. Matlamat utama untuk mengeratkan silaturahim sesama kawan satu pejabat telah tercapai. Sekurang-kurangnya masing-masing akan lebih mengenali secara dekat. Walau pun satu pejabat, tetapi kita dipisahkan oleh unit masing-masing. Ada yang kendalikan 'Foreign Desk', ada Business Development Unit, ada yang kena jaga akaun Remisier dan juga yang jaga pentadbiran. Secara umumnya, ianya telah berjaya mengeratkan lagi hubungan sesama kakitangan dan mungkin di masa hadapan kita dapat buat Outing Retreat kat tepi pantai pula.

No comments:

Post a Comment