Thursday, May 10, 2012

Kejohanan Sukan Tahunan Kolej Yayasan Saad

Acara tahunan ini telah berlangsung di Kompleks Sukan Kolej Yayasan Saad. Kejohanan kali ini berlangsung dalam suasana yang cukup meriah serta keadaan cuaca juga amat baik sekali. Cuaca pada petang kejohanan berlangsung tidak terlalu panas dan ianya berpanjangan sehingga tamat kejohanan. Seperti tahun sebelum ini, Azraei akan mewakili rumah Rahman dalam beberapa acara kegemaran beliau. 

Untuk tahun 2012, pasukan rumah Rahman sekali lagi muncul sebagai johan untuk kejohanan kali ini.





Monday, May 7, 2012

Sukaneka

Bagi kanak-kanak sekolah samada daripada tadika atau yang berada di Tahap Satu sekolah rendah, sukaneka cukup sinonim dengan kehidupan mereka. Ianya merupakan satu-satunya acara yang amat dinanti dan akan diberi sambutan yang amat meriah.

Baru-baru ini, SK Bandar Tun  Hussein Onn telah mengadakan sukaneka untuk Tahap Satu. Seawal pukul 7.30 pagi, semuanya telah memenuhi kawasan dewan terbuka untuk berkumpul mengikut darjah masing-masing. Tidak ketinggalan dalam kelompok itu adalah Mohd Aiman Irsyad. Beliau begitu seronok memperkatakan acara sukaneka ini beberapa hari sebelum itu lagi. Kehadiran ibubapa dalam memberikan sokongan juga amat membanggakan.







Saturday, May 5, 2012

Cuti - cuti @ Pulau Langkawi

Pulau Langkawi merupakan sebuah pulau lagenda di Malaysia dan merupakan salah satu destinasi perlancongan yang utama. Selain daripada melawat tempat yang menarik dan bersejarah ianya juga merupakan syurga membeli belah. Ini kerana semuanya adalah bebas cukai. Secara umumnya, Pulau Langkawi terdiri daripada 99 buah pulau. Untuk mengunjunginya, kita boleh menggunakan perkhidmatan feri serta kapal terbang. 

Kunjungan saya ke sini adalah merupakan kali yang ke 3 dan boleh dikatakan saya telah menjelajahi keseluruhan pulau. Paling menakjubkan, dapat berjumpa dengan teman satu sekolah. Beliau telah menetap di sini semenjak tahun 1994. Begitu kecil rasanya dunia ini.

Untuk membeli belah, pekan Kuah adalah tempat yang terbaik untuk dikunjungi. Terdapat banyak kedai yang menjual coklat, barangan kaca, pinggan mangkuk dan bermacam-macam jenis barangan.

Pantai Chenang pula sesuai untuk berkelah dan beriadah di samping bermain bermacam jenis permainan seperti jet ski dan banana boat. Selain dari itu, Pantai Pasir Tengkorak juga sesuai untuk berkelah. Pasirnya yang putih dan mempunyai air yang jernih. Cuma ianya terletak jauh ke utara Pulau Langkawi. Lebih kurang 1 jam perjalanan dari pekan Kuah.

Kita juga boleh menaiki kereta kabel untuk melihat permandangan Pulau Langkawi dari puncak Gunung Mat Cinchang.

Untuk yang gemar kepada hidupan liar, boleh mengunjungi Taman Burung.