Monday, July 2, 2012

Persembahan Orkestra KYS @ Auditorium DBKL

Pada 26 June 2012, kami sekeluarga telah meluangkan masa untuk menonton persembahan orkestra oleh Kolej Yayasan Saad. Ianya merupakan julung kali menontonnya. Itu pun kerana Azraei menyertainya sebagai peserta yang membuat persembahan. Kami sampai di Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut tepat jam 7.30 malam. Selepas beramah mesra dengan guru-guru dan juga ibu bapa pelajar yang lain, kami berarak masuk ke dewan untuk mengambil tempat masing-masing. Malam ini, tetamu kehormat adalah TYT negeri Melaka iaitu Tun Khalil Yaakob. Beliau diiringi oleh pengasas Kolej Yayasan Saad, Tan Sri Halim Saad serta Lembaga Pengelola Kolej Yayasan Saad.

Persembahan dimulakan tepat jam 8.30 malam dengan lagu Negeri Melaka dan lagu kebangsaan, Negaraku.   Nostalgia rasanya kerana sudah lama tak berdiri untuk menyanyikan lagu kebangsaan. Dulu-dulu, masa dibangku sekolah perkara ini adalah rutin mingguan. Selepas itu, Junior Orchestra Team memulakan persembahan. Cukup bertenaga dan berkarisma.

Senior Orchestra Team memulakan persembahan setengah jam selepas itu. Memang mengagumkan dan cukup terhibur. Persembahan ini berlangsung sehingga pukul 10.45 malam. Ianya mendapat tepukan yang gemuruh daripada hadirin dan terpaksa memainkan satu lagu tambahan ekoran permintaan daripada hadirin . TYT Negeri Melaka juga meberi isyarat bagus supaya satu lagi lagu untuk penutup. Secara keseluruhannya, ia amat menghiburkan dan saya sendiri tidak menjangka Azraei dapat membuat persembahan bersama rakan-rakan beliau walau pun tidak mendapat pendidikan asas dalam memainkan biola. Satu pencapaian yang membanggakan bagi beliau yang aktif dalam sukan atlit dan ragbi. 





















No comments:

Post a Comment