Wednesday, November 6, 2013

Dalam Kenangan


Al-Fatihah.

Beliau merupakan abang sulung isteri saya. Pada 27 Oktober 2013 bersamaan dengan lebih kurang pukul 10.30 malam telah meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

Berita mengenai beliau ada di sini

Beliau cukup dihormati oleh adik-beradik dan juga ipar duai.

Petang 27/10/2013, dalam perjalanan pulang dari Bandar Seri Jempol, isteri saya mengimbas kenangan bersama Allahyarham. Setiap kali beliau datang untuk mendapatkan rawatan susulan di IJN, kami tidak akan melepaskan peluang untuk berjumpanya samada di rumah anak beliau mahu pun di IJN. Cuma untuk rawatan di HUSM, kami tidak berkesempatan untuk pulang melawat. Hanya mendengar cerita daripada mereka yang tinggal di Kelantan.

Hari Ahad 27/10/2013, jam 11 malam berita pemergian Allahyarham telah sampai ke pengetahuan isteri saya. Memang cukup sedih. 

Isteri saya bergegas menempah tiket untuk balik ke Kota Bharu seawal jam 6.30 pagi. Kami selamat sampai di sana dan terus bertolak ke rumah Allahyarham yang terletak di Kelaboran, Tumpat.

Alhamdulillah, urusan pengkebumian telah selamat dilaksanakan selepas waktu Zohor kira-kira jam 1.30 tengah hari.



Thursday, October 24, 2013

Foreign Dealing Desk - Singapore Market Talk

Jam 5.30 petang khamis 24/10 Foreign Dealing Desk telah menganjurkan satu ' Singapore market talk' bertempat di Auditorium kat office saya.

Saya pun menyibuk juga. Sibuk pegi menjamu selera. Habis diet. Hilang entah ke mana.

Department saya memang terkenal dengan jamuan. Pantang ada majlis. Tak kira kecik atau besar. 

















Friday, October 18, 2013

Jamuan Raya Aidil Adha @ Dealing Department

Aktiviti yang biasa dilakukan di Dealing Department.

Makan. Makan. Dan makan lagi.

Hari ni, sempena hari Jumaat dan juga suasana Hari Raya Aidil Adha masih dirasai telah diadakan sedikit jamuan. Semuanya disumbangkan oleh staf-staf dan cukup menyelerakan.








Thursday, September 26, 2013

Makan Tengahari

Assalamualaikum.

Makan tengahari di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur cukup seronok. Ada bermacam pilihan yang tersedia. Tepuk dada tanyalah selera masing-masing.

Ada yang suka pergi ke food court kat shopping mall, cafe di pejabat mau pun gerai bergerak di tepi jalan.

Kadang-kadang bosan juga. Tak tau nak pergi ke mana. KLCC dah selalu. 

Hari ni kawan saya Arzaham ajak beli lunch kat gerai bergerak di Jalan Yap Kwan Seng. Berhadapan dengan Kedutaan Australia.


Cukup simple. Lauk ayam goreng kunyit saje. Menyelerakan.


Ni hasil belian. Penuh tangan bawa. Kawan-kawan kat ofis kirim


Inilah rupanya nasi berlaukkan ayam goreng kunyit. Simple saje. Selamat mencuba.

Monday, September 16, 2013

Masjid 5 Bintang

Pernah dengar masjid bertaraf 5 bintang tak?

Sepanjang saya berjalan seluruh Malaysia, ini lah pertama kali saya terjumpa masjid yang mendapat penarafan 5 bintang daripada Majlis Agama Islam negeri.

Masjid ini bukanlah terletak di bandar besar. Ianya terletak di Pekan Batu Kikir, Negeri Sembilan.

Lebih tepat namanya adalah Masjid Kariah Desa Anggerik, Batu Kikir.

Semalam, dalam perjalanan balik ke KL, singgah untuk menunaikan tanggungjawab. Daripada luar nampak macam biasa-biasa aje. Sekali dah masuk, terserlah keluasan kawasan masjid ini. Dengan tempat kereta yang cukup luas dan teratur. Lanskap untuk kawasan masjid juga cantik dan dijaga dengan rapi.






Tempat untuk menjamu selera juga disediakan. Cukup selesa.



Yang paling menarik adalah di kawasan tandas. Cukup dengan landskap yang penuh dengan pepohon bunga yang tumbuh cukup subur. Dan ianya telah dijaga dengan teratur. Tandas pula amat bersih dan berbau wangi. 

Saya boleh katakan inilah masjid yang paling bersih dan cantik sepanjang saya singgah di mana-mana masjid di Malaysia. Terima kasih kepada ahli jawatankuasa masjid ini yang telah berusaha mencantikkan masjid ini. Semoga ianya menjadi contoh kepada mana-mana masjid di Malaysia.












Wednesday, September 11, 2013

Pisang Tanduk

Tak rugi kalau kita berbudi kepada tanah. Itu yang selalu dinyatakan oleh orang dulu-dulu. Kalau ada ruang, manfaatkan dengan bercucuk tanam. InsayaAllah ada hasilnya nanti.

Saya pernah nukilkan tentang berbudi kepada tanah di sini.

Semalam luangkan sedikit masa untuk tinjau-tinjau perkembangan pokok pisang tanduk di depan rumah.

Hasilnya, buah pisang hampir masak. Mungkin dalam seminggu dua lagi dapatlah digoreng atau yang seangkatan dengannya. Ada 18 biji pisang tanduk. Hasil yang membanggakan.

Sudah hampir masak
Dan dalam masa yang sama, pokok yang ke dua pun dalam proses mengeluarkan buah. Yang ni tak tau berapa biji akan dihasilkan. Berbaloi rasanya.

Jantung pisang
Saya kongsikan gambar jantung pisang tanduk. Saya pasti ramai yang tidak pernah tengok. Saya sendiri pun baru pertama kali tengok. Tak sama dengan jantung pisang yang lain. Cukup unik.

Nantikan saya akan update kemunculan buah pisang tersebut.

Sunday, September 8, 2013

MATTA FAIR 2013


MATTA Fair telah berlangsung pada 6 -8 September di PWTC. Acara tahunan untuk mendapatkan tawaran pakej pelancongan yang berpatutan. Di adakan setiap tahun pada bulan Mac dan September. Bermula daripada hari Jumaat hingga Ahad setiap tahun.

Tahun ni saya agak terlewat untuk mengunjunginya. Selalunya hari Sabtu akan ke sana namum memandangkan hari Sabtu ada hal yang tak dapat dielakkan terpaksa pergi hari Ahad. Sebolehnya cuba mengelak hari terakhir.

Jam 9.30 dah masuk parking kat Hentian Putra. Tu pun dah ramai orang. Terpaksa parking kat Level 2A. Bergegas ke PWTC untuk beratur beli tiket masuk. Orang yang beratur nak beli tiket punyalah ramai. Tabah je la. Kaunter jualan tiket buka jam 10 pagi. Tiket masuk RM 4 untuk dewasa. Kanak-kanak bawah 12 tahun pula percuma.

Dah pakai gelang masing-masing bergerak ke dewan pameran. My wife cuma nak cari package bilik hotel je. Tahun ni tak ada plan nak jalan sebab Ae periksa SPM. Tahun depan wife saya plan nak travel berdua dengan anak sulung semasa menunggu keputusan SPM.

Macam tahun sebelum ni, orang memang cukup ramai. Bersesak-sesak sambil kutip brochure. Penuh 2 beg dengan bermacam-macam pakej. 

Hampir 2 jam dok pusing-pusing dan bermacam brochure dah dapat, ambil keputusan duduk kat tepi dewan sambil makan ais krim. Masa untuk study semua pakej yang ditawarkan. Sejam kemudian kembali ke dalam dewan untuk pusingan terakhir.

Pengunjung makin bertambah ramai. Jam 1.30 tengahari ambil keputusan untuk keluar dari dewan dan balik ke rumah. Nasib baik parking kat Hentian Putra. Sebab kadar bayaran agak murah. Kena dalam RM 7 untuk tempoh 4 jam.

Perut dah berbunyi. Terus pegi lunch kat Pak Chu Tomyam belakang masjid Kg Datuk Keramat.

Selesai sudah MATTA Fair trip untuk 2013. Tunggu bulan Mac tahun 2014 pula.

Wednesday, September 4, 2013

Ragbi Lagi

Bertempat di Padang Kelana Jaya, telah berlangsung satu kejohanan ragbi anjuran CIMB Foundation. Seperti biasa Ae akan mewakili team Rammers Kolej Yayasan Saad.

Pasukan yang menyertai kejohanan kali ini kebanyakkan daripada sekolah berasrama penuh samada tajaan kerajaan atau swasta serta pasukan daripada Singapura.