Friday, January 11, 2013

MAHA 2012 @ MARDI, SERDANG

Penghujung tahun 2012 yang lepas, saya telah berkesempatan untuk mengunjungi MAHA2012 yang telah diadakan di tapak ekspo MARDI, Serdang. Inilah kali pertama saya ke sana walaupun ianya telah berlangsung sekian lama di Malaysia. Jarak tapak eskpo yang berhampiran dengan rumah (lebih kurang 20 minit) bagaikan menggamit saya untuk ke sana.

Walaupun tidak jauh, namun saya mengambil masa hampir satu jam untuk meletakkan kereta. Mungkin di masa hadapan pihak penganjur dapat meningkatkan lagi pengurusan tempat letak kereta ini. Namun penat lelah itu hilang dengan sendirinya bila dah sampai ke tempat pameran. Begitu luas dan sistematik. Cukup menaikkan semangat untuk menjadi petani dan penternak moden. 

Hari itu, hanya saya dan isteri sahaja yang ke sana. Jadi sedikit bebas untuk bergerak ke sekeliling tapak ekspo. Berjalan dari pintu masuk sehinggalah ke dewan pameran utama. Anggaran saya mungkin lebih dari 5 kilometer berjalan. Cukup penat namun terubat dengan pameran yang cukup menarik.








No comments:

Post a Comment