Thursday, February 21, 2013

Melancong Ke Medan, Indonesia

Assalamualaikum.

Kali ini saya akan berkongsi pengalaman melancong bersama keluarga ke Medan, Indonesia. Sebelum ke sana, dah google & baca blog-blog yang ditulis tentang Medan & kawasan yang perlu dilawati. Saya cadangkan pada sesiapa yang suka melancong dan memerlukan maklumat, sila layari blog blog kakiberangan & blog supermeng Banyak maklumat yang boleh diperolehi dan dijadikan rujukan.

DAY 1 : LCCT - MEDAN - PARAPAT

Irsyad, anak bongsu saya tak sabar-sabar nak pegi melancong. Asyik dok tanya bila kita nak ke Medan dan kapalterbang pukul berapa. Bangun seawal pukul 4.30 pagi kerana nak ke LCCT dalam pukul 5.30 pagi. Namun beliau cukup bersemangat. Kejut sekali dah boleh bangun. Jam 6.30 pagi dah sampai ke LCCT dan keadaan di airport sudah cukup sibuk. Walau pun waktu berlepas adalah 8.45 pagi, namun saya jenis yang tak suka tergesa-gesa. Biar sampai cepat dan boleh bersantai kat airport. Kereta parking kat airport untuk 4 hari.

Masuk ke dalam terminal untuk urusan bag. Sebelum tu dah buat web check-in kat rumah. Tak nak susahkan diri kat airport. Namun, dugaan pertama kat airport. Cukup ramai orang yang beratur nak check in kat kaunter dan kaunter yang buka pula hanya 2 sahaja. Terpaksa bersabar dengan macam-macam ragam. Jam 7.30 baru selesai urusan check in & masukkan bag. Nasib baik semuanya berjalan lancar.

Selepas melalui semua pemeriksaan keselamatan, kami semua menghabiskan masa menunggu dengan merayau-rayau kat dalam boarding room. Selepas beberapa ketika, semua penumpang dijemput menaiki pesawat.

Lebih kurang 45 minit penerbangan, kami semua selamat mendarat di Lapangan Terbang Polonia, Medan. Cuaca agak mendung dan masih ada kesan-kesan air hujan. Penumpang agak ramai dan kesemuanya beratur panjang untuk urusan imigresen. Hampir 30 minit baru selesai. Cukup kecewa dengan layanan daripada pihak imigresen sana. Semacam tidak mengalu-alukan kedatangan pelancong ke tempat mereka. Senyum cukup mahal sekali dan paspot kami semuanya diserahkan dengan cara yang agak kasar selepas diperiksa dan dicop tanda memasuki Indonesia. Dalam hati berkata-kata, mereka ni tak tau ke kita orang datang untuk memberi sumber pendapatan untuk penduduk sana. Kalau kat Malaysia, dah lama kena komen ni.

Keadaan airport Medan ni memang kecil dan kurang menarik. Kalau dibandingkan dengan Lapangan Terbang Ismail Petra, Kota Bharu, jauh airport kita lagi cantik, moden dan menarik. Kalau dah sampai di Lapangan Terbang Polonia, usah dilayan ulat-ulat yang berkeliaran di airport. Setiap pertolongan adalah perlu dilunaskan dengan duit. Itulah dugaan dan cabaran bila ke negara orang. Saya yang pertama kali ke Medan tercari-cari agen yang dah berjanji nak tunggu di balai ketibaan. Melilau mata mencari tanda nama kita orang namun hampa. Ulat-ulat dan pemandu teksi sibuk dok tanya kita orang. Masing-masing menawarkan perkhidmatan mereka. Siap tanya dah booking hotel ke dan berbagai jenis soalan. Naik rimas dan tension. Langkah pertama, pegi beli nombor prepaid kat tepi airport untuk kegunaan selama 4 hari. Sedang kami sekelurga sedang berbincang, tetiba datang seorang lelaki berpakaian batik Indonesia dan menanyakan nama isteri saya. Rupa-rupanya kita orang tak perasan yang beliau tengah tunggu di hujung pintu keluar sebelah kiri sedangkan kami menggunakan pintu sebelah kanan untuk keluar. Lega sedikit dan tak jadi nak marah memikirkan salah faham tersebut. Kami dikenalkan dengan supir yang akan membawa kami ke Danau Toba.

Lebih kurang pukul 10.30 pagi WIB, bertolak dari Medan untuk ke Parapat. Kami difahamkan oleh supir perjalanan akan memakan masa selama lebih 5 jam bergantung kepada cuaca dan lalulintas. Keadaan jalan raya di Medan kurang sesak memandangkan hari tersebut merupakan hari cuti umum (Maulidur Rasul). Sistem jalan raya agak kelam kabut dan tidak teratur. Kenderaan tidak mengikut peraturan dan memasing sibuk menekan hon (Ae, anak sulong saya tanya: dia orang ni tak pernah jumpa hon ke?). Gaya pemanduan pun cukup mencabar dan menakutkan. Nasib baik supir saya seorang yang cukup berhati-hati dan tidak memandu sembarangan.

Ceria berada di dalam van untuk ke Danau Toba

Selepas menempuh perjalanan lebih 1 jam dan sudah berada di luar Kota Medan, kami semua singah di tempat bernama Perbaungan untuk makan di Restoran Bahagia yang menyediakan masakan minang. Bak kata Intan Nur Athirah, cukup bahagia bila melangkah masuk ke restoran ini. Cukup mendamaikan dan bersih. Siap makan sambil duduk dan kaki kita diletakkan di dalam lubang di bawah meja. Namun akan rasa derita bila keluar kerana kadar caj makanan yang agak keterlaluan tak setimpal dengan makanan yang kami ambil. 

Bermacam jenis lauk pauk dihidangkan  (tak semua dipilih)

Ae & Firdaus sedang memilih lauk

Tak sabar nak menikmati makan tengahari
Setelah hampir satu jam berehat, kami meneruskan perjalanan ke Parapat. Perjalanan agak lancar dan supir mencadangkan supaya kita terus ke Parapat memandangkan kita dah terlewat. Nanti rugi tak dapat nak menikmati suasana petang di tepi Danau Toba. Hajat nak singgah makan burung di Permatang Siantar namun kerana semuanya masih kekenyangan, perjalanan diteruskan tanpa singgah di mana-mana.

Kaum Batak banyak mendiami kawasan sepanjang perjalanan ke Parapat. Terdapat rumah-rumah tradisional Batak yang menarik untuk dilihat. Sekitar jam 4 petang, kami sekeluarga selamat sampai ke Parapat. 

Bergambar berlatar belakang Danau Toba

Keindahan ciptaan Illahi
Selepas bergambar, kami bergegas untuk mendaftar masuk ke penginapan kami iaitu Danau Toba International Cottage yang terletak betul-betul di tepi tasik. Tiupan angin yang cukup nyaman membuatkan kita lupa seketika kesibukan kerja dan hiruk pikuk di Kuala Lumpur. Bilik yang disediakan cukup luas untuk kami sekeluarga dan tiada kipas atau pendingin hawa disediakan. Walau pun suasana agak dingin kat luar, namun kami masih memerlukan kipas kat dalam bilik. Sekurang-kurangnya tak lah rasa hangat kat dalam bilik. Apa nak buat, masing-masing punya citarasa.







DAY 2 : SAMOSIR ISLAND - BERASTAGI - MEDAN

Hari ke 2 bercadang untuk ke Pulau Samosir untuk melihat perkampungan Batak Toba dan juga tempat bersejarah. Berjanji dengan supir supaya menjemput seawal pukul 8 pagi. Bercadang nak bersarapan pagi di luar kerana tak yakin tentang kehalalan makanan di hotel namun beubah fikiran selepas ternampak sijil halal daripada Majlis Ulama Indonesia. Pukul 9 pagi baru keluar dari hotel untuk ke terminal feri. Bercadang untuk membawa masuk kereta ke pulau. Namun nasib tidak menyebelahi kami. Feri telah penuh dan terpaksa menunggu feri pukul 11 pagi. Kacau dan tergendala segala perancangan. Supir cuba memujuk operator feri supaya dapat membenarkan kita masuk juga namun tidak berjaya. Kecewa.

Bergambar sambil tunggu supir uruskan feri
Berbincang sesama kami dan memutuskan untuk menaiki feri penumpang di terminal feri Tigaraja. Supir pecut van ke terminal dan berjumpa dengan operator. Mereka meminta 600,000 rupiah untuk melawat kesemua tempat menarik di Pulau Samosir. Kecewa kerana terasa macam kena main dengan Batak Toba. Wajah supir macam agak bersalah dan gelisah. Kami buat keputusan tunggu feri pukul 11 dan batalkan lawatan ke Berastagi (begitu kuat semangat nak ke Pulau Samosir) dan bercadang untuk ke Berastagi keesokan hari daripada Medan pula. Semasa ke terminal feri, kami semua berbincang sekali lagi dan supir cuba menalipon kawan beliau di jeti Tigaraja. Tawarkan 200,000 rupiah untuk ke sana. Memang mahal dan cuba mengambil kesempatan namun tak ada pilihan. Terima je lah.


Masih dalam bot untuk ke Pulau Samosir

Dalam bot untuk ke Pulau Samosir

Kedai cenderamata @ Tomok, Samosir Island

Kenangan di hadapan rumah Batak Toba

Kubur Raja Batak

Kubur Raja Batak



Anak kaum Batak Toba tunjuk kemahiran berenang & menyelam

Hampir separuh hari dihabiskan di pulau. Kembali ke Parapat dalam pukul 1.30 tengahari dan terus ke Restoran Istana Minang 2 untuk menikmati juadah tengahari. Restoran ini menjadi tumpuan pelancong dan kami dah makan di sini pada hari sebelumnya.  Namun kecewa dengan tuan punya restoran yang sombong. Tarik muka masam kerana kami hanya minta nasi goreng dan bukan hidang nasi minang. Makan ala kadar je kerana lepas ni nak ke  Berastagi dan difahamkan jalan ke sana adalah bengkang bengkok. Takut anak-anak muntah.

Cuaca agak mendung dan nampak macam hari nak hujan. Singgah di Air Terjun Sipisopiso. Tak dapat menghayati permandangan kerana hujan turun dengan lebat. Sebelum tu, keadaan jalan raya adalah amat mendukacitakan. Amat teruk rosak dan di sesetengah tempat membentuk kolam yang besar di tengah jalan raya.

Sedang menunggu hidangan @ Restoran Istana Minang 2

Kenangan @ Air Terjun Sipisopiso

Air Terjun Sipisopiso
  
Berlatar belakang Danau Toba

Selepas bergambar kenangan, kami bertolak dalam hujan lebat ke Berastagi. Mood : penat dan mengantuk. Cuba tersenyum untuk menempuh perjalanan yang mencabar. Keadaan jalanraya memang teruk. Sepanjang jalan samada berlubang-lubang atau ada kawah di tengah-tengah. Mungkin kerana tiada sistem perparitan yang sempurna, menyebabkan air hujan akan bertakung di atas jalan raya. Sepanjang perjalanan, akan kelihatan tempat pengumpulan sayur-sayur seperti kobis, karot dan yang seangkatan dengannya. Cukup segar sekali. Melewati pekan Kabenjahen (dihidangkan dengan keadaan jalanraya yang amat teruk walaupun jalan tersebut terletak di hadapan pejabat majlis perbandaran mereka !).

Hampir pukul 7 malam, sampai ke Berastagi. Singgah ke pasar buah yang dibuka 24 jam. Beli buah limau dan pisang kaki. Rugi tak beli buah avokado yang memang segar-segar. Membeli jagung bakar untuk dinikmati di dalam kereta. Tak singgah makan malam kerana nak cepat sampai ke Medan. Jalan cukup berliku-liku. Macam kat Cameron Highland melalui Tapah. 

Selepas menempuh perjalanan yang memenatkan, kami semua selamat sampai ke Hotel Madani, Medan. Kami akan menginap di sini selama 2 malam. Masing-masing dah penat dan nampak tilam je. Ucapkan terims kasih dengan supir dan terus masuk bilik. Tidur.

DAY 3 : MEDAN

Memulakan hari ini dengan sarapan pagi di hotel. Makanan yang cukup banyak cuma agak tak menepati citarasa orang Malaysia. Bercadang nak ronda Medan dengan pengankutan awam atau berjalan kaki. Cuba dapatkan maklumat daripada hotel namun tak membantu. Pengetahuan dia orang tentang Medan tak cukup lengkap. Berbekalkan maklumat yang diperolehi daripada blog sebelum ini, kami memulakan langkah ke Masjid Raya. Ianya terletak berhadapan dengan hotel Madani.

Baca surat khabar berbahasa Indonesia

Firdaus bergambar kenangan di Masjid Raya

Ae & Firdaus @ Istana Maimun

Bersama family @ Istana Maimun

Berjalan keluar dari Istana Maimun

Bergambar kenangan di hadapan Masjid Raya

Istana Maimun yang terletak 500 meter daripada Masjid Raya juga sempat kami lawati. Apa yang saya perhatikan, mereka akan mengenakan bayaran pada setiap tempat. Nak masuk masjid pun kena bayar. 

Untuk membeli-belah, kami ke Pajak Ikan dengan beca bermotor. Itu pun selepas dijamin oleh seorang hamba Allah (merupakan seorang peniaga kraf tangan India Muslim kat Istana Maimun) yang menyatakan selamat untuk menaikinya. Terima kasih banyak-banyak. Masih ada insan yang berhati mulia dan menghormati kita sebagai seorang pelancong.

Hari ini masa banyak dihabiskan dengan berjalan sahaja. Tak ada apa yang menarik sangat. Lagi pun tak tahan dengan bunyi bising hon kereta & motor. Tak henti-henti.

Makan tengahari kat Restoran Bunda. Kecewa. Layanan hampeh. Yang menghidangkan lauk masam. Tak tau nak senyum. Makan biasa-biasa aje tapi kena caj agak mahal juga. Bab makan memang kecewa dengan harga. Dah la tak ada tanda harga. Dia orang pun main letak je harga.

DAY 4 : MEDAN - LCCT 

Hari ni bercadang nak pegi ronda-ronda kat shopping mall. Guna khidmat supir hotel. Sewa ikut jam. Kat sini ada SOGO tau di Sun Plaza. Sampai dalam pukul 10 pagi dan masih tutup. Rupa-rupanya di sini, shopping mall buka pukul 11 pagi. Supir cadangkan pegi beli bika ambon dulu sebagai ole-ole.

Makan durian @ Medan

Hari terakhir cuba order makanan kat hotel. Wow.. sedap dan lebih murah daripada luar. Menyesal tak order sebelum ni. Tak lah sakit hati.

Sedia untuk balik ke Malaysia

Boarding Room @ Polonia International Airport

Jam 6 petang, check out dan ambil bas perantara ke airport. Jam 9 malam berlepas ke LCCT dan selamat mendarat jam 11 malam. Macam-macam kenangan dan peristiwa yang dilalui bagi mematangkan diri. Juga sebagai panduan untuk perjalanan di masa depan. Yang penting, anak-anak saya mendapat pendedahan tentang budaya dan cara hidup yang berbeza.  

24 comments:

  1. wahhhhh...nice family trip...
    teringin berjalan jalan macam ni bersama ibu dan adik adik...Cantikkkknya Air Terjun Sipisopiso

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best dapat habiskan masa bersama keluarga. Dah menjadi satu perkara rutin setiap kali musim cuti persekolahan.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Menarik dan dpt membantu pembaca yg bercadang utk ke Medan. Tq.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Sama-sama. Bagi saya blog tuan memang cukup membantu untuk merancang prjalanan ke mana-mana.

      Delete
  5. saya nak tanya, macam mana tuan booking supir? Ada no contact or emel supir tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara boleh cuba call no ni: Supir bernama Imran, 082366306530.

      Delete
  6. as salam, tuan agak2 brap[a ye bajet utk travel ke medan (tak termasuk flight)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W/salam. Budget bergantung kepada diri masing-masing. Untuk diri saya, budget makan dlm RM200 sehari. Lain-lain perbelanjaan, tepuk dada tanya selera.

      Delete
  7. salam,, blh bg tips sket x utk ke medan ni =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W/salam. Untuk tips, saudari boleh rujuk blog yang saya sertakan.

      Delete
  8. salam, blh bg sket tips utk ke medan ni =)

    ReplyDelete
  9. Disamping hotel madani ada tempat makan yg disukai anak2 muda, tak jauh dr mesjid raya pun bnyk tempat makan anak2 muda... Tak semahal di rstoran... Dan lebih nikmat... Sy saja org medan tak mau makan di restoran yang mahal dan tak masuk akal harga nya... Di air terjun di sipiso2 knp tak turun? Bisa lihat danau toba juga... Di brastagi ada pagoda taman alam lumbini.... Bnyk tempat menarik, tp pemerintah tak tau dibuat seperti apa tempat2 itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Mungkin kunjungan di masa depan akan lebih sempurna.

      Delete
  10. terima kasih untuk info
    saya ada angan2 nak ke medan ni.dalam perancangan insyaallah

    ReplyDelete
  11. salam..berapa ek harga supir untuk satu hari??

    ReplyDelete
  12. W/Salam. Kos supir adalah 450,000 rupiah sehari.

    ReplyDelete

  13. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete
  14. Salam
    Terimakasih Tuan sudah berkunjung ke medan sumatera utara semoga jika ada masa lagi boleh datang ke medan dan berkunjung ke tempat yang lain pula.selain lake toba dan berastagi ada juga tempat menarik lainnya yaitu bukit lawang dan tangkahan.dan bagi tuan dan puan suka adventures boleh cuba the real adventure in north sumatera untuk info boleh klik link www.medanadventures.blogspot.com

    Untuk package tour medan-lake toba
    Sia klik www.medanpackage.blogspot.com

    Salam

    ReplyDelete
  15. Berinfomasi. Plan to visit Medan this coming October 2014

    ReplyDelete
  16. horas!!
    syok lepak medan barastaggi lake toba ni....
    rasenya resort kat parapat tu..saya dah pegi..1996 dulu
    memang tak berubah....

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum wr wb.
    Salam kenal saya Jati dr Ganesha Tour Jogja. Kami adalah perusahaan jasa tour n travel khususnya dalam bidang pakej wisata Jogja. Selain pakej wisata Jogja kami juga melayani pakej wisata luar kota jogja, seperti Dieng, Bali, Lombok, Karimunjawa dan lain sebagainya. Kami berikan harga yang murah dengan pelayanan maksimal karena kami handle langsung dari Jogja. Jika berminat dapat hubungi saya via whatsapp di +628985101301 atau call +62 274 7890010.

    Berikut contoh paket wisata dari kami:
    Jogja 5D4N Tour + Dieng
    Objectives:
    Dieng Tour: Candi Arjuna, Sikidang Crater, Dieng Plateau Theater, Telaga Warna,
    Jogja Tour: Parangtritis Beach, Borobudur, Merapi (lava tour), Kraton, Tamansari, Kotagede, Prambanan,

    The first day
    11:30 roundtrip airport
    13:00 - 14:00 go to local restaurant
    14.00 – 15.00 lunch
    15.00 – 17.00 go to Parangtritis Beach
    17.00 – 18.00 Parangtritis Beach
    18.00 – 19.00 go to local restaurant
    19.00 – 20.00 Dinner
    20.00 Drop hotel
    Second Two

    09:00 – 11.00 Go to Borobudur
    11.00 – 12.30 Borobudur
    12.30 – 13.30 go to local restaurant
    13.30 – 14.30 lunch
    14.30 – 15.30 go to merapi lava tour
    15.30 – 17.30 merapi lava tour
    17.30 – 18.30 go to local restaurant
    18.30 – 19.30 dinner
    19.30 drop hotel

    Third day
    09.30 – 10.00 go to Kraton
    10.00 – 11.00 Kraton
    11.00 – 11.30 go to Tamansari
    11.30 – 12.00 Tamansari
    12.00 – 13.00 go to local restaurant
    13.00 – 14.00 lunch
    14.00 – 15.00 go to Prambanan
    15.00 – 16.00 Prambanan
    16.00 – 17.00 go to Kotagede
    17.00 – 18.00 kotagede
    18.00 – 19.00 go to local restaurant
    19.00 – 20.00 dinner
    20.00 drop hotel

    Fourth day
    08.00 – 12.00 go to Dieng
    12.00 – 16.00 Dieng Tour
    16.00 – 20.00 go to local restaurant
    20.00 – 21.00 dinner
    21.00 drop hotel

    Fifth day
    Tba – drop airport

    The price includes:

    • Private / Bus
    • Drivers and assistant (+ driver and assistant’s meal)
    • 3-star Hotels in Yogyakarta
    • Breakfast in hotel
    • Dinner & lunch at local restaurant
    • Guide
    • Entrance tickets listed in itinerary
    • Parking of vehicles
    • Insurance
    • Mineral water

    The price excludes:
    • Flight Tickets
    • Personal expenses
    • Any other optional tours, which is not specified in the itinerary
    • Tips for guide and driver

    * Price does not apply to peek season and high season

    Price: RM 575

    Jika tertarik dapat langsung menghubungi saya di telp +62 274 7890010. sms / whatsapp +62 8985101301. Terimakasih
    Wassalamualaikum wr wb

    ReplyDelete
  18. Salam,
    Entry yang menarik!! Nak berkongsi dengan semua pembaca…
    Saya ada menyediakan ground pakej ke Medan atau seluruh Indonesia dengan harga yang menarik.Kepada anda yang baru pertama kali nak melancong,kami sarankan anda guna kan khidmat kami.Semua urusan dilakukan di Malaysia dan ianya lebih selamat,murah dan meyakinkan.
    Pelbagai pakej ke seluruh Indonesia juga tersedia.Nyatakan destinasi anda dan kami sediakan semuanya.
    Hubungi saya ditalian 0126665436 (call/sms/whatsapp) Atau email saya di: aziman68@gmail.com
    Sebarang pertanyaan akan kami layan.
    Atau boleh juga ke Blog kami untuk pelbagai info:

    http://freelancetour.blogspot.com/

    ReplyDelete