Wednesday, May 15, 2013

Jalan-jalan ke Kuala Selangor

Sempena cuti umum Hari Pekerja, saya membuat keputusan untuk jalan-jalan ke Kuala Selangor. Bermotifkan untuk tengok suasana kempen pilihanraya umum di sepanjang jalan dan menikmati cendol Bakar.

Bertolak dari rumah selepas waktu Zohor. Menggunakan jalan Sungai Buloh - Kuala Selangor.

Dapat saksikan macam - macam cara untuk parti politik yang bertanding memasang bendera.





Dalam perjalanan, kelihatan beberapa kereta parti yang berkonvoi untuk berkempen. Meriah.






Malang tak berbau

Replika
Selepas menempuh perjalanan yang santai (hampir 2 jam baru sampai ke Kuala Selangor), sampai ke destinasi. Malangnya, kedai Cendol Bakar penuh. Yang beratur nak makan memang panjang. Kalau tunggu, tak tau pukul berapa boleh dapat.

Lepas tu tengok yang drive thru, pun sama. Kecewa sedikit.

Ambil keputusan untuk ke Bukit Melawati. Pun kecewa. Sampai je ke sana, orang punyalah ramai beratur nak ambil feeder bas. Terus batalkan hajat nak panjat puncak bukit. 

Terus jadi mati kutu. Tak tau nak pegi mana. Finally, ambil keputusan jalan-jalan tanpa tujuan ke arah Sekincan. Tengok poster penyanyi Herman Tino. Sayang tak sempat ambil gambar.

Namun, kejutan berlaku selepas itu. ternampak papan tanda Cendol Durian Borhan 500m di hadapan. 

Apa lagi. Terus bersemangat memandu. 

Cendol yang sesuai untuk cuaca panas


Selain cendol, menu lain adalah seperti laksa, mee kari dan kuih muih.

Duduk semeja dengan pengunjung lain. Meja penuh. Siap bagi tau, datang dari Rawang semata-mata nak minum cendol. Mencadangkan kepada saya untuk mencuba mee udang banjir kat pekan Kuala Selangor (katanya nak makan mee, kena selak udang ke tepi tapi saya tak singgah).

Pukul 6 petang bertolak balik ke Kuala Lumpur. 

Jalan-jalan ni untuk habiskan masa berkualiti dengan anak-anak. Janji dia orang gembira. Kalau nak ikutkan, kat KL/Bangi pun banyak kedai yang jual cendol. 


No comments:

Post a Comment