Thursday, June 27, 2013

Cheese Tart

Cheese Tart ini telah ditempah oleh kawan satu office. Isteri saya, sejak ambil VSS ni cukup berminat untuk mencuba membuat kek, biskut dan yang seangkatan dengannya. Untuk memenuhi masa lapang yang terluang. Kalau dulu dok sibuk dengan kerja-kerja pejabat, tak berkesempatan untuk mecuba.







Monday, June 24, 2013

Jerebu oh jerebu

Dah jadi macam rutin tahunan. Jerebu akan melanda Pantai Barat Semenanjung terutama Johor, Melaka, Negeri Sembilan serta Selangor dan Kuala Lumpur. Puncanya, seperti yang diketahui umum adalah pembakaran terbuka di Riau, Indonesia. 


Gambar-gambar bencana jerebu ini dirakam semasa dalam perjalanan balik dari Bandar Baru Bangi pada 23/6/2013 lebih kurang jam 12.30 tengahari.






Hasilnya, kerajaan terpaksa mengumumkan sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor ditutup pada 24/6/2013.

Sunday, June 23, 2013

Kucing


Assalamualaikum. Semua sihat ke.. Jangan main kat luar. Sekarang musim jerebu. Hari ni nak berkongsi pengalaman memelihara haiwan kesayangan. Gambar di atas tu, kucing kesayangan kami. Tengah lepak selepas menikmati juadah petang beliau. Cukup manja dan tidak banyak kerenah.


Nama kucing ni ialah Tussie. Jantan dan cukup lincah. Masa memula ia datang ke rumah agak kurus dan tidak terurus. Saya nak kongsi satu perkara berkenaan membela kucing ni. Semasa saya mula-mula ambil keputusan untuk memeliharanya, saya telah bercakap/pesan (mungkin pelik bagi sesetengah orang) dengan beliau. Pesanan saya cukup ringkas. Kalau nak berak atau kencing, kena pergi ke bukit kat depan rumah. Kalau terjumpa tinggalan beliau kat rumput di halaman rumah, kira saya tak akan bela. Alhamdulillah, sampai ke saat ini beliau tidak pernah berak kat laman rumah. Saya perhatikan, selepas makan pagi ia akan berlari ke bukit di depan rumah.


Penjagaan beliau pun cukup ringkas. Seminggu sekali pastikan ianya dimandikan dan syampu seluruh badan. Untuk kebersihan dan wangi sikit. Sebab, malam ia akan tidur di dalam rumah. Samada kat atas sofa atau bilik Irsyad. Saya perhatikan ianya suka sangat tidur kat bilik yang ada air-cond.


Saat paling menggembirakan, bila dia nampak kita baru balik ia akan berlari mendapatkan kita dan tunggu di depan pintu pagar. 


Itulah serba sedikit tentang kucing kesayangan kami sekeluarga.

Wednesday, June 19, 2013

Jalan-Jalan @ Sungai Besar, Selangor

Tanggal 2 June 2013, bagi menghilangkan rasa bosan, my wife telah mencadangkan untuk jalan-jalan pusing negeri Selangor. Destinasi adalah Sungai Besar. Emm.. mungkin ada yang tertanya-tanya. Apa istimewanya daerah tersebut ya. Bagi saya, permandangan yang cukup indah sepanjang perjalanan. Terutama apabila melewati kawasan sawah padi di Sekincan serta Tanjung Karang. Cukup takjub. Sawahnya adalah saujana mata memandang.

Agenda untuk hari ini adalah betul-betul untuk menikmati keindahan alam serta akan berhenti di tempat-tempat yang difikirkan sesuai. Sebelum tu, my wife dah siapkan sedikit lauk-pauk untuk dinikmati di kala waktu tengahari. Kira macam untuk berkelah juga lah.

Macam biasa, perjalanan adalah melalui Jalan Sungai Buloh - Kuala Selangor. Saja tak melalui Lebuhraya LATAR. Dan trafik untuk hari ini agak banyak. Kala menghampiri Pekan Kuala Selangor, terpaksa menempuh kesesakan yang agak lama. Perkara yang tak dijangka akan berlaku. Saya sebolehnya tak nak menempuh jalan yang jem. Bosan dan rimas. Dah la pergi dan balik kerja dok kena jem. Hari minggu pun nak hadapi juga ke. 

Dah sinonim, kalau ke sini tak sah kalau tak singgah minum cendol. Sudah pasti cendol Borhan yang menjadi sasaran. Pelanggan tak ramai lagi. Mungkin sebab masih pagi lagi kot.(Masa perjalanan balik tengok orang cukup ramai, nasib baik dah minum padi tu)

Perjalanan di teruskan lagi. Masuk ke Tanjung Karang, jem lagi. Rupanya lampu isyarat bertukar sekejap aje. Jadi kereta yang lepas tak banyak. Sabar je la...

Sempat singgah beli nata de coco. Ala yang kilang kat tepi jalan tu. Dia orang jual 3 untuk RM10. Target untuk dapatkan perisa laici namun kecewa. Dah habis. Dapat beli perisa epal dan anggur aje.

Sebenarnya saya dah bagi tau my wife nak ke BNO. Tau tak apa itu BNO?. Bagan Nakhoda Omar. Ingatkan pantai dia boleh mandi. Rupanya tak sesuai. Lagi pun agak jauh ke dalam. Dari simpang adalah lebih 10 km masuk ke dalam. Macam tak percaya ada penempatan kat dalam tu. Untuk ke pantai BNO, kena melalui perkampungan orang cina.

Rupa-rupanya, kat situ ada satu restoran yang menghidangkan mee udang banjir. Agak ramai juga pengunjung masa tu. Keseluruhan, pantai agak tak terjaga. Kemudahan untuk pengunjung agak kurang memuaskan. Pondok untuk duduk-duduk pun tak terjaga kebersihannya. Tak jadi nak berkelah/makan-makan.

Akhirnya, keluar dari pantai BNO dan terus jalan-jalan tanpa arah tujuan. Yang tak disangka, rupa-rupanya di dalam ni ada Politeknik Sultan Idris Shah, pusat latihan dakwah negeri Selangor, Akademi (lupa nama) dan juga sekolah Berasrama Penuh Integrasi. Terbayang-bayang, macam mana nak keluar outing kalau belajar kat sini. Apa-apa pun layan gambar yang diambil di pantai yang berdekatan politeknik ni. 

Jambatan untuk ke pantai





Bekalan

Ambil keputusan untuk menikmati makan tengah hari kat sini. Emm... cukup mendamaikan. Dengan tiupan angin dari pantai. Tapi tiupan angin agak kencang, silap haribulan boleh terbang. Nasib baik badan besar sikit.

Tengah dok ambil gambar, ditegur oleh seorang pakcik. Terkejut saya. Siap pakcik tu minta maaf. Mungkin dia tak jangka saya akan terperanjat. Rupa-rupanya, dia dari Ipoh dan datang melawat anak beliau kat Politeknik. Siap pasang khemah lagi dia orang serta ber BBQ kat tepi pantai.

Menjala ikan



Tersepit








Santai

Lambaian daun kelapa

Bertolak balik selepas menikmati kawasan sekitar. Jalan menghala ke Kuala Selangor dah mula sesak. Mungkin dia orang baru habis bercuti dari Lumut/Pulau Pangkor. Yang menarik, ikut satu kereta melalui jalan pintas. Nasib baik keluar ke Pekan Tanjung Karang. Jimat sikit dari beratur panjang.

Sampai rumah waktu dah Maghrib. Perjalanan yang cukup santai dan meriah. Janji dapat habiskan masa yang berkualiti dengan keluarga.


Monday, June 17, 2013

Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13)

Tahun ni, Malaysia telah mengadakan pilihanraya umum yang ke 13. Ianya telah dilaksanakan pada 5/5/2013 . Sebelum ini, teka-teki tentang tarikh pilihanraya ini telah hangat diperkatakan. Ada macam-macam tarikh yang digembar-gemburkan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perjalanan Pilihanraya Umum, sila layari di SINI.

Apa yang pasti, setiap kali berlaku pilihanraya umum, ianya bagaikan satu pesta. Dengan bermacam gaya untuk bendera parti yang bertanding digantung serta kelibat pekerja parti yang berkempen untuk calon masing-masing.


Hari membuang undi, pagi-pagi lagi keluar rumah untuk ke pusat membuang undi. Sampai lebih kurang pukul 7.45 pagi. Nasib saluran saya tak ramai yang beratur. Cuma mengambi masa 30 minit untuk menunaikan tanggungjawab.








Syukur kerana tiada kejadian yang tidak diingini berlaku semasa proses pilihanraya kali ini. Sekarang adalah masa untuk bekerja dan menunaikan janji-janji yang telah dibuat oleh calon yang menang untuk keselesaan rakyat.



Sunday, June 16, 2013

Bersama Ustaz Don

Baru-baru ini, gabungan kakitangan TA Securities Holding Bhd yang beragama Islam telah bersepakat untuk menjemput Ustaz Don untuk memberi sedikit tazkirah. Ianya adalah bertujuan untuk menambahkan lagi ilmu agama masing-masing. Kami semua agak teruja untuk menerima kedatangan Ustaz Don. Maklumlah, beliau cukup popular dan berpengetahuan tinggi.

Kali ini, pihak penganjur telah menempah auditorium di TA Securities Holdings Berhad. Cukup selesa dan besar untuk memuatkan hadirin yang ramai. Jangkaan awal, hanya kakitangan TA Group yang akan hadir. Rupa-rupanya kakitangan syarikat lain yang menyewa di bangunan ini pun turut serta memeriahkan majils. Amat membanggakan dengan sambutan yang diberikan.

Jam 1 tengahari, Ustaz Don dengan langkah yang amat bergaya berjalan masuk ke auditorium. Tajuk yang beliau pilih adalah berkenaan 'SOLAT'. Penyampaian Ustaz Don macam biasa, cukup mantap dan bersahaja.

Jangkamasa 1 jam yang diperuntukkan terasa tidak mencukupi. Majlis ditamatkan sekitar jam 2.30 petang. Cukup bermakna.

Tazkirah tengah hari itu juga telah diserikan lagi dengan kehadiran Nabil Raja Lawak. Kehadiran beliau adalah untuk menemani Ustaz Don. Majlis memang cukup meriah.

Majlis ditamatkan dengan majlis soal jawab.