Sunday, June 16, 2013

Bersama Ustaz Don

Baru-baru ini, gabungan kakitangan TA Securities Holding Bhd yang beragama Islam telah bersepakat untuk menjemput Ustaz Don untuk memberi sedikit tazkirah. Ianya adalah bertujuan untuk menambahkan lagi ilmu agama masing-masing. Kami semua agak teruja untuk menerima kedatangan Ustaz Don. Maklumlah, beliau cukup popular dan berpengetahuan tinggi.

Kali ini, pihak penganjur telah menempah auditorium di TA Securities Holdings Berhad. Cukup selesa dan besar untuk memuatkan hadirin yang ramai. Jangkaan awal, hanya kakitangan TA Group yang akan hadir. Rupa-rupanya kakitangan syarikat lain yang menyewa di bangunan ini pun turut serta memeriahkan majils. Amat membanggakan dengan sambutan yang diberikan.

Jam 1 tengahari, Ustaz Don dengan langkah yang amat bergaya berjalan masuk ke auditorium. Tajuk yang beliau pilih adalah berkenaan 'SOLAT'. Penyampaian Ustaz Don macam biasa, cukup mantap dan bersahaja.

Jangkamasa 1 jam yang diperuntukkan terasa tidak mencukupi. Majlis ditamatkan sekitar jam 2.30 petang. Cukup bermakna.

Tazkirah tengah hari itu juga telah diserikan lagi dengan kehadiran Nabil Raja Lawak. Kehadiran beliau adalah untuk menemani Ustaz Don. Majlis memang cukup meriah.

Majlis ditamatkan dengan majlis soal jawab. 



No comments:

Post a Comment