Wednesday, June 19, 2013

Jalan-Jalan @ Sungai Besar, Selangor

Tanggal 2 June 2013, bagi menghilangkan rasa bosan, my wife telah mencadangkan untuk jalan-jalan pusing negeri Selangor. Destinasi adalah Sungai Besar. Emm.. mungkin ada yang tertanya-tanya. Apa istimewanya daerah tersebut ya. Bagi saya, permandangan yang cukup indah sepanjang perjalanan. Terutama apabila melewati kawasan sawah padi di Sekincan serta Tanjung Karang. Cukup takjub. Sawahnya adalah saujana mata memandang.

Agenda untuk hari ini adalah betul-betul untuk menikmati keindahan alam serta akan berhenti di tempat-tempat yang difikirkan sesuai. Sebelum tu, my wife dah siapkan sedikit lauk-pauk untuk dinikmati di kala waktu tengahari. Kira macam untuk berkelah juga lah.

Macam biasa, perjalanan adalah melalui Jalan Sungai Buloh - Kuala Selangor. Saja tak melalui Lebuhraya LATAR. Dan trafik untuk hari ini agak banyak. Kala menghampiri Pekan Kuala Selangor, terpaksa menempuh kesesakan yang agak lama. Perkara yang tak dijangka akan berlaku. Saya sebolehnya tak nak menempuh jalan yang jem. Bosan dan rimas. Dah la pergi dan balik kerja dok kena jem. Hari minggu pun nak hadapi juga ke. 

Dah sinonim, kalau ke sini tak sah kalau tak singgah minum cendol. Sudah pasti cendol Borhan yang menjadi sasaran. Pelanggan tak ramai lagi. Mungkin sebab masih pagi lagi kot.(Masa perjalanan balik tengok orang cukup ramai, nasib baik dah minum padi tu)

Perjalanan di teruskan lagi. Masuk ke Tanjung Karang, jem lagi. Rupanya lampu isyarat bertukar sekejap aje. Jadi kereta yang lepas tak banyak. Sabar je la...

Sempat singgah beli nata de coco. Ala yang kilang kat tepi jalan tu. Dia orang jual 3 untuk RM10. Target untuk dapatkan perisa laici namun kecewa. Dah habis. Dapat beli perisa epal dan anggur aje.

Sebenarnya saya dah bagi tau my wife nak ke BNO. Tau tak apa itu BNO?. Bagan Nakhoda Omar. Ingatkan pantai dia boleh mandi. Rupanya tak sesuai. Lagi pun agak jauh ke dalam. Dari simpang adalah lebih 10 km masuk ke dalam. Macam tak percaya ada penempatan kat dalam tu. Untuk ke pantai BNO, kena melalui perkampungan orang cina.

Rupa-rupanya, kat situ ada satu restoran yang menghidangkan mee udang banjir. Agak ramai juga pengunjung masa tu. Keseluruhan, pantai agak tak terjaga. Kemudahan untuk pengunjung agak kurang memuaskan. Pondok untuk duduk-duduk pun tak terjaga kebersihannya. Tak jadi nak berkelah/makan-makan.

Akhirnya, keluar dari pantai BNO dan terus jalan-jalan tanpa arah tujuan. Yang tak disangka, rupa-rupanya di dalam ni ada Politeknik Sultan Idris Shah, pusat latihan dakwah negeri Selangor, Akademi (lupa nama) dan juga sekolah Berasrama Penuh Integrasi. Terbayang-bayang, macam mana nak keluar outing kalau belajar kat sini. Apa-apa pun layan gambar yang diambil di pantai yang berdekatan politeknik ni. 

Jambatan untuk ke pantai





Bekalan

Ambil keputusan untuk menikmati makan tengah hari kat sini. Emm... cukup mendamaikan. Dengan tiupan angin dari pantai. Tapi tiupan angin agak kencang, silap haribulan boleh terbang. Nasib baik badan besar sikit.

Tengah dok ambil gambar, ditegur oleh seorang pakcik. Terkejut saya. Siap pakcik tu minta maaf. Mungkin dia tak jangka saya akan terperanjat. Rupa-rupanya, dia dari Ipoh dan datang melawat anak beliau kat Politeknik. Siap pasang khemah lagi dia orang serta ber BBQ kat tepi pantai.

Menjala ikan



Tersepit








Santai

Lambaian daun kelapa

Bertolak balik selepas menikmati kawasan sekitar. Jalan menghala ke Kuala Selangor dah mula sesak. Mungkin dia orang baru habis bercuti dari Lumut/Pulau Pangkor. Yang menarik, ikut satu kereta melalui jalan pintas. Nasib baik keluar ke Pekan Tanjung Karang. Jimat sikit dari beratur panjang.

Sampai rumah waktu dah Maghrib. Perjalanan yang cukup santai dan meriah. Janji dapat habiskan masa yang berkualiti dengan keluarga.


No comments:

Post a Comment