Sunday, June 23, 2013

Kucing


Assalamualaikum. Semua sihat ke.. Jangan main kat luar. Sekarang musim jerebu. Hari ni nak berkongsi pengalaman memelihara haiwan kesayangan. Gambar di atas tu, kucing kesayangan kami. Tengah lepak selepas menikmati juadah petang beliau. Cukup manja dan tidak banyak kerenah.


Nama kucing ni ialah Tussie. Jantan dan cukup lincah. Masa memula ia datang ke rumah agak kurus dan tidak terurus. Saya nak kongsi satu perkara berkenaan membela kucing ni. Semasa saya mula-mula ambil keputusan untuk memeliharanya, saya telah bercakap/pesan (mungkin pelik bagi sesetengah orang) dengan beliau. Pesanan saya cukup ringkas. Kalau nak berak atau kencing, kena pergi ke bukit kat depan rumah. Kalau terjumpa tinggalan beliau kat rumput di halaman rumah, kira saya tak akan bela. Alhamdulillah, sampai ke saat ini beliau tidak pernah berak kat laman rumah. Saya perhatikan, selepas makan pagi ia akan berlari ke bukit di depan rumah.


Penjagaan beliau pun cukup ringkas. Seminggu sekali pastikan ianya dimandikan dan syampu seluruh badan. Untuk kebersihan dan wangi sikit. Sebab, malam ia akan tidur di dalam rumah. Samada kat atas sofa atau bilik Irsyad. Saya perhatikan ianya suka sangat tidur kat bilik yang ada air-cond.


Saat paling menggembirakan, bila dia nampak kita baru balik ia akan berlari mendapatkan kita dan tunggu di depan pintu pagar. 


Itulah serba sedikit tentang kucing kesayangan kami sekeluarga.

No comments:

Post a Comment