Wednesday, July 17, 2013

Team Ragbi @ Kolej Yayasan Saad

The Rammers adalah nama untuk pasukan ragbi Kolej Yayasan Saad. Setakat ini merupakan salah satu pasukan yang dikenali di kalangan Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah sukan. Pasukan ini juga telah menjuarai beberapa kategori untuk Negeri Melaka.

Perlawanan @ KGV Seremban
Sukan ragbi memang popular di kalangan sekolah berasrama penuh samada di bawah Kementerian Pendidikan, MARA dan juga kelolaan swasta.

Ianya boleh memupukkan semangat berkerjasama serta  berkeyakinan tinggi dalam menghadapi cabaran. Mereka semua akan dilatih untuk menghadapi cabaran fizikal dan mental. Ini bagi memastikan mendapat kemenangan dalam setiap kejohananan yang disertai.

The Rammers selalunya akan menyertai beberapa acara setahun seperti MCKK 7's, CIMB Foundation, Bintang Rugby Club, MSSM-Milo dan juga kejohanan di Singapura.


Peraga jersey

Lawatan ke Vajiravudh College, Thailand
The Rammers setiap tahun mempunyai acara tradisi iaitu mengadakan perlawanan persahabatan serta lawatan sambil belajar ke Kolej Vajiravudh di Bangkok, Thailand.

Kenalkan diri

Terkam

Larian

Perlawanan persahabatan @ Sri Lanka
Kenangan
The Rammers sebelum ini dilatih oleh jurulatih yang berasal dari Fiji. Sekarang ini Encik Matt Ratt (bekas pemain ragbi kebangsaan) telah menerajui pasukan ini sebagai jurulatih sepenuh masa. 

Captain

Pingat











Itulah serba sedikit maklumat berkenaan dengan The Rammers. Mungkin ada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang The Rammers dan juga Kolej Yayasan Saad. Sila layari  Kolej Yayasan Saad. Banyak maklumat yang akan didapati di laman sesawang itu.

Tuesday, July 16, 2013

Berbudi Pada Tanah

Berbudi pada tanah satu bidalan yang tepat. Selain dapat mencantikkan halaman rumah, kita juga dapat menikmati hasilnya.

Untuk kesihatan pun bagus. Sekurang-kurangnya, dapat keluarkan peluh. 


Bunga kertas yang dipilih untuk halaman rumah. Sebabnya. Ianya mudah untuk dikendalikan. Yang penting, jaga baja dan cukup siraman. Hasilnya, sejuk mata memandang. 



Permulaan
Pisang tanduk ditanam sebagai percubaan. Alhamdullillah menjadi. Baru cuba mengeluarkan buah. Nampaknya tidaklah mengecewakan. Hanya tanam di tanah kosong berhadapan rumah.

Sedang membesar

Bunga kantan
Sambil berehat, boleh menikmati air kelapa muda. Segar daripada pokok.

Menghilangkan dahaga

Baja kompos najis kambing

Monday, July 15, 2013

Ceriathon


Ceriathon @ karnival sekolah @ hari terbuka sekolah @ apa-apa nama yang diberikan adalah bermatlamatkan mengutip dana. Kegunaan dana ini adalah lebih kepada untuk menaiktaraf kemudahan yang terdapat di sekolah.

Dulu-dulu, kalau kat kampung ianya akan diadakan satu pestaria di sekolah. Kalangan peniaga adalah penduduk kampung yang mempunyai berbagai kemahiran memasak. Majoriti akan membuat jualan berasaskan makanan. Makanan yang disediakan selalunya agak istimewa dan hanya dihidangkan untuk sesuatu majlis sahaja. Jadi inilah peluang orang ramai untuk menikmati keenakan juadah yang dijual. Konsepnya tetap sama dengan hari ini. Penjualan kupon adalah satu kemestian. Sambil berbelanja boleh juga membuat sumbangan untuk dana PIBG sekolah.










Tuesday, July 9, 2013

Sukan Tahunan


Lumrah untuk setiap sekolah. Acara sukan tahunan adalah dinanti-nantikan. Bakal menyaksikan athlit sekolah menunjukkan bakat dan aksi masing-masing.

Mungkin agak lewat sukan tahunan ini diadakan. Hampir pertengahan tahun baru dianjurkan. 

Kali ini di adakan di Stadium Seksyen 15, Bandar Baru Bangi



Cuaca kali ini adalah cukup sempurna. Cuma masalah jerebu yang melanda cukup membimbangkan. Bacaan IPU hari ini melebihi tahap bahaya namun acara sukan tetap dijalankan.

Jerebu dapat dilihat dengan jelas dalam gambar yang dipaparkan di sini


Penuh perhatian

Mendengar taklimat









Sokongan

Aksi guru