Monday, July 15, 2013

Ceriathon


Ceriathon @ karnival sekolah @ hari terbuka sekolah @ apa-apa nama yang diberikan adalah bermatlamatkan mengutip dana. Kegunaan dana ini adalah lebih kepada untuk menaiktaraf kemudahan yang terdapat di sekolah.

Dulu-dulu, kalau kat kampung ianya akan diadakan satu pestaria di sekolah. Kalangan peniaga adalah penduduk kampung yang mempunyai berbagai kemahiran memasak. Majoriti akan membuat jualan berasaskan makanan. Makanan yang disediakan selalunya agak istimewa dan hanya dihidangkan untuk sesuatu majlis sahaja. Jadi inilah peluang orang ramai untuk menikmati keenakan juadah yang dijual. Konsepnya tetap sama dengan hari ini. Penjualan kupon adalah satu kemestian. Sambil berbelanja boleh juga membuat sumbangan untuk dana PIBG sekolah.


















No comments:

Post a Comment