Wednesday, July 17, 2013

Team Ragbi @ Kolej Yayasan Saad

The Rammers adalah nama untuk pasukan ragbi Kolej Yayasan Saad. Setakat ini merupakan salah satu pasukan yang dikenali di kalangan Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah sukan. Pasukan ini juga telah menjuarai beberapa kategori untuk Negeri Melaka.

Perlawanan @ KGV Seremban
Sukan ragbi memang popular di kalangan sekolah berasrama penuh samada di bawah Kementerian Pendidikan, MARA dan juga kelolaan swasta.

Ianya boleh memupukkan semangat berkerjasama serta  berkeyakinan tinggi dalam menghadapi cabaran. Mereka semua akan dilatih untuk menghadapi cabaran fizikal dan mental. Ini bagi memastikan mendapat kemenangan dalam setiap kejohananan yang disertai.

The Rammers selalunya akan menyertai beberapa acara setahun seperti MCKK 7's, CIMB Foundation, Bintang Rugby Club, MSSM-Milo dan juga kejohanan di Singapura.


Peraga jersey

Lawatan ke Vajiravudh College, Thailand
The Rammers setiap tahun mempunyai acara tradisi iaitu mengadakan perlawanan persahabatan serta lawatan sambil belajar ke Kolej Vajiravudh di Bangkok, Thailand.

Kenalkan diri

Terkam

Larian

Perlawanan persahabatan @ Sri Lanka
Kenangan
The Rammers sebelum ini dilatih oleh jurulatih yang berasal dari Fiji. Sekarang ini Encik Matt Ratt (bekas pemain ragbi kebangsaan) telah menerajui pasukan ini sebagai jurulatih sepenuh masa. 

Captain

Pingat











Itulah serba sedikit maklumat berkenaan dengan The Rammers. Mungkin ada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang The Rammers dan juga Kolej Yayasan Saad. Sila layari  Kolej Yayasan Saad. Banyak maklumat yang akan didapati di laman sesawang itu.

No comments:

Post a Comment