Monday, September 16, 2013

Masjid 5 Bintang

Pernah dengar masjid bertaraf 5 bintang tak?

Sepanjang saya berjalan seluruh Malaysia, ini lah pertama kali saya terjumpa masjid yang mendapat penarafan 5 bintang daripada Majlis Agama Islam negeri.

Masjid ini bukanlah terletak di bandar besar. Ianya terletak di Pekan Batu Kikir, Negeri Sembilan.

Lebih tepat namanya adalah Masjid Kariah Desa Anggerik, Batu Kikir.

Semalam, dalam perjalanan balik ke KL, singgah untuk menunaikan tanggungjawab. Daripada luar nampak macam biasa-biasa aje. Sekali dah masuk, terserlah keluasan kawasan masjid ini. Dengan tempat kereta yang cukup luas dan teratur. Lanskap untuk kawasan masjid juga cantik dan dijaga dengan rapi.






Tempat untuk menjamu selera juga disediakan. Cukup selesa.



Yang paling menarik adalah di kawasan tandas. Cukup dengan landskap yang penuh dengan pepohon bunga yang tumbuh cukup subur. Dan ianya telah dijaga dengan teratur. Tandas pula amat bersih dan berbau wangi. 

Saya boleh katakan inilah masjid yang paling bersih dan cantik sepanjang saya singgah di mana-mana masjid di Malaysia. Terima kasih kepada ahli jawatankuasa masjid ini yang telah berusaha mencantikkan masjid ini. Semoga ianya menjadi contoh kepada mana-mana masjid di Malaysia.












1 comment:

  1. saya setuju! masjid ini sangat homely rasanya.. sangat tertarik dengan hiasan pokok-pokok bunganya... tandas nya pun cantik dan bersih seperti di rumah.. awesome!
    mesti dicontohi oleh masjid-masjid lain.

    ReplyDelete